Mangsa Banjir Di Johor Berkurang

Mangsa banjir semakin menurun kepada 5,367 orang, malah tujuh daerah masih terjejas dan 65 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif hingga pagi ini di Johor.

Kemudian, berbeza dengan catatan mangsa banjir semalam tang merekodkan 5,653 daripada 1,563 keluarga, dengan 71 pusat PPS dibuka petang semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, berkata operasi pemantauan terus dilaksanakan oleh agensi berkaitan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk amaran hujan lebat yang berterusan.

Tambahnya lagi, hanya tujuh daerah terjejas banjir setakat ini selepas satu-satunya PPS di Muar ditutup kelmarin, namun keadaan daerah terjejas sedang dipantau berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Sementara itu, Segamat kini mencatatkan jumlah PPS tertinggi iaitu 24, diikuti Kluang (13), Kota Tinggi (10) Mersing (9), Batu Pahat (4),Pontian (3) dan Kulai (2).

Sejumlah 39 PPS ditutup iaitu 16 di Kluang, Kota Tinggi (9), Johor Bahru (5), Segamat (5), selain Mersing, Kulai, Pontian dan Muar masing-masing sebuah PPS ditutup.

Di Segamat, jumlah mangsa banjir juga menurun kepada 1,197 orang daripada 319 keluarga berbanding 1,256 mangsa daripada 340 keluarga petang semalam.

Mangsa banjir di Kluang pula menurun kepada 1,722 orang daripada 480 keluarga berbanding 1,923 orang daripada 554 keluarga petang semalam.

Sebanyak 10 PPS kekal dibuka di Kota Tinggi dengan mangsa menurun kepada 906 orang daripada 242 keluarga berbanding 910 mangsa daripada 238 keluarga petang semalam.

Mangsa banjir di Mersing juga menurun kepada seramai 1,096 orang daripada 309 keluarga berbanding

1,145 orang daripada 325 keluarga, petang semalam.

Di Batu Pahat pula, mangsa banjir meningkat kepada 109 orang daripada 309 keluarga berbanding 97 orang daripada 24 keluarga petang semalam.

Mangsa banjir di Pontian juga meningkat kepada 248 orang daripada 58 keluarga berbanding 212 orang daripada 51 keluarga, petang semalam diikuti Kulai (99 orang).

Empat laluan utama di kawasan Kota Tinggi masih ditutup kepada pengguna lalu lintas berikutan banjir masih belum surut, dengan paras kedalaman air antara 2.0 hingga 2.6 meter.

Bagaimanapun, laporan Berita Harian berkata, laluan banjir membabitkan Kilometer 59 Jalan Johor Bahru – Mersing (Kubu Lama); Kilometer 70 Jalan Johor Bahru – Mersing (Simpang Tunjuk Laut), Kilometer 72/73 Jalan Johor Bahru – Mersing (Ladang RISDA Ulu Sedili) dan Jalan FELDA Aping Timur (Lorong Durian 2).