“Macamtu Je Kau Copy Bang” – Netizen Bengang Sambal Nyet Khairul Aming Ditiru!

Tindakan seorang pengusaha Sambal Nyet Khairi mengundang kemarahan netizen apabila didakwa meniru jenama Sambal Nyet Berapi milik Khairul Aming.

Perkara itu menjadi tular apabila ada pengguna media sosial memuat naik gambar produk Sambal Nyet Khairi aplikasi X. Bukan sahaja nama produk, malah pembungkusan Sambal Nyet Khairi mirip dengan jenama yang dihasilkan pempengaruh Khairul Aming.

Pengeluar Sambal Nyet Khairi turut mengucapkan penghargaan mereka kepada pembeli yang telah membeli dan menyokong produk mereka.

“Anda menjadi dorongan yang penting bagi kami terus berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan kegemaran di kalangan masyarakat.

“Sila kongsikan keenakan tersebut bersama rakan rakan atau famili anda, ikhlas dari pasukan SNK”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum ini Sambal Nyet Khairi telah terjual di Shopee lebih 800 unit. Bagaimanapun, selepas ianya tular produk tersebut tidak lagi tersedia untuk medium tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan yang keluar dari pengeluar Sambal Nyet Khairi mahupun Khairul Aming.