Hantar Anak Sekolah Kebangsaan, Rita Rudaini Bengang Dituduh Ambil Hak B40

Pelakon Rita Rudaini berang dituduh mengambil hak golongan B40 apabila memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan.

Menurut Rita Rudaini binti Mokhtar, 47, yang membuatkan dirinya lebih kecewa apabila kata-kata yang dilemparkan kepadanya itu daripada seorang individu yang bergelar guru.

“Macam ni la nasib dari sekolah private kalau pergi sekolah bias ani kena fitnah ambil kuota B40 pula.

“Yang fitnah tu pula cikgu aka pendidik! Jijik perangai!,” luahnya di Insta story

Tambah pelakon yang popular dengan filem Mami Jarum itu lagi, dirinya tidak pernah memilih tempat untuk mencari ilmu.

“Sis tak kisah campur dengan golongan B40, semua kita manusia, sama.

“Biar miskin harta tapi jangan miskin adab,” tulisnya.

Bagaimanapun, ada segelintir pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan kenyataan Rita Rudaini apabila pelakon itu menyelar sikap segelintir guru yang suka menjaga tepi kain orang.

Jelas Rita lagi, dirinya percaya dengan rezeki Tuhan dan tidak takut sekiranya dipinggirkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Jangan lupa bahawa saya tidak pernah takut hilang pekerjaan kerana saya pernah tiada tawaran berlakon dan dipinggirkan selama tiga tahun kerana tidak ambil vaksin.

“Itu bukan penamat hidup sebab saya percaya bahawa rezeki, harta dan pangkat semuanya daripada Allah,” ujarnya.

Sumber : Instagram Rita Rudaini