Israel Dakwa Tiga Tebusan Mati, Hamas Siar Video Mereka Masih Hidup

Israel mengisytiharkan tiga orang tebusan warga Israel telah mati.

Ketiga-tiga lelaki itu telah menjadi tebusan 7 Oktober lalu. Mereka dikenali sebagai Chaim Peri, 79, Yoram Metzger, 80, dan Amiram Cooper, 84.

Bagaimanapun, Hamas telah mengeluarkan satu video pendek membuktikan yang ketiga-tiga mereka masih hidup.

“Saya di sini bersama beberapa lagi tahanan yang lain. Mereka semua mempunyai masalah kesihatan yang kronik, “ jelas salah seorang daripada mereka dalam video pendek itu.

Mereka juga merayu agar Isarel dapat membebaskan mereka tanpa syarat.

Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama seminggu pada akhir November termasuk pembebasan lebih 100 tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk 240 wanita dan remaja Palestin dari penjara Israel.

Sumber : Sinar Harian