Array

Konsert IB Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia ditangguh

Konsert sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan Penerbit Eksekutif, Fauziah Ahmad Daud selepas mendapat nasihat daripada pihak Istana Budaya dan persetujuan bersama semua pihak terbabit.

“Semalam pihak IB pun sudah mengeluarkan notis berkenaan penangguhan konsert ini. Jadi, sebagai langkah keselamatan semua kita perlu akur.

“Apatah lagi, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan berkenaan penangguhan semua acara membabitkan orang ramai sehingga April.

“Insya-Allah, tarikh baru berkenaan konsert ini akan dimaklumkan pada Isnin ini selepas saya mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IB, Datuk Johari,” katanya kepada Harian Metro.

Ogy berkata, dia berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak panik dan gusar berkenaan penangguhan konsert itu.

“Konsert ini tidak dibatalkan. Ia akan diteruskan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Kita tunda pun disebabkan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita.

“Saya berharap peminat yang sudah membeli tiket sabar dan tenang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

“Perancangan Allah itu jauh lebih baik. Semoga apa yang dirancang ini akan terus berjalan lancar,” katanya.

Most Popular

Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, angkara manusia atau hantu?

BUNYI ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih...

Nak tackle anak makcik? Pandai TikTok tak?

BUKAN paras rupa atau kerjaya stabil yang dijadikan ukuran, sebaliknya cuma pandai bermain TikTok sebagai antara syarat untuk menjadi calon menantu idaman.

Lebih 25 tahun hilang, lelaki jumpa semula wallet tercicir pada tahun 1995

SEORANG lelaki di Australia tidak menyangka dapat menemui kembali dompetnya yang hilang sejak lebih 25 tahun lalu, lapor Harian Metro.

Lori bawa produk Apple bernilai RM27 juta kena rompak!

PRODUK Apple bernilai kira-kira £5 juta (RM27 juta) telah dicuri dari sebuah lori dalam satu kejadian rompakan di Northamptonshire, United Kingdom.