Pembantu Rumah Tanam Mayat Bayi Belakang Rumah Jiran

Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan susulan penemuan mayat bayi yang ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Mutiara, Kangar pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusof, mayat bayi berbungkus kain putih dan sudah berulat itu ditemui oleh seorang guru tertanam di belakang rumahnya.

Bayi lelaki yang sudah cukup sifat itu tertanam dengan keadalaman 0.127m atau 5 inci.

Pada 20 Disember lalu, suspek, 24, yang juga merupakan ibu tunggal melahirkan seorang bayi lelaki di bilik air rumah di Taman Mutiara, namun menyedari tiada sebarang pergerakan ketika memandikan anaknya.

Suspek yang panik bertindak menggali tanah di belakang rumah jirannya pada 6.30 pagi 21 Disember dan menanam mayat anaknya.

Suspek kini ditahan reman hingga Jumaat ini dan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran

Sumber : FMT