Kerajaan PH Melaka tumbang

Sumber : Malaysia Gazette

Selepas Johor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka turut mengalami nasib yang sama.

Dalam sidang media sebentar semalam, beliau berkata, pihaknya akan menyerah kepada kepimpinan pusat untuk memutuskan siapa Ketua Menteri baru.

Turut menyertai sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.

PH pada asalnya memiliki 15 kerusi daripada 28 kerusi DUN, manakala pembangkang menguasai 16 kerusi.

Ketika ini, PH diwakili DAP, PKR dan AMANAH masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN manakala BERSATU dua kerusi.

Sumber: Harian Metro