Mamat Sepah kini milik Diana

Pelawak Mamat Sepah kini sah bergelar suami kepada anggota polis IPD Shah Alam, dikenali sebagai Diana Ibrahim.

Menerusi laporan Astro Gempak, Mamat dan Diana bernikah pada malam Ahad di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor kira-kira jam 8.00 malam.
 
Pada majlis tersebut, pengantin lelaki telah memberikan seutas gelang emas sebagai mas kahwin namun, lima dulang hantaran dibalas lima daripada pihak perempuan namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Sementara Shuib Sepahtu turut mengucapkan tahniah kepada Mamat, menjelaskan dia tidak dapat hadir ke hari bahagia rakanya kerana komitmen kerja. Tulis Shuib dia turut mendoakan agar Mamat menjadi seorang ketua keluarga yang baik.