Kemelut Politik: Keselamatan Negara masih terkawal – Acryl Sani

TAHAP keselamatan dan ketenteraman negara berada dalam keadaan terkawal meskipun berlaku pergolakan dalam kemelut politik negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pada memastikan keselamatan negara kekal pada tahap selamat.

“Berdasarkan situasi semasa politik negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Acryl Sani menegaskan, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan hasutan dan ketenteraman awam.

Acryl Sani turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).