KJ sahkan barisan jemaah Menteri letak jawatan

KESELURUHAN Ahli Jemaah Kabinet dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Instagramnya itu mengesahkan perkara berkenaan.

Perkongsian Khairy Jamaluddin di Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan KJ turut menzahirkan ucapan ribuan penghargaan sepanjang beliau diberi peluang untuk berkhidmat.

Sebelum itu, Khairy Jamaluddin juga sempat memuat naik gambar bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menerusi hantaran ringkas itu juga, KJ menyatakan ‘”Semoga Malaysia Dirahmati Allah” menurut hantaran tersebut selain turut mengesahkan kedudukan kabinet kerajaan.

Terdahulu, kenderaan rasmi yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara sekitar jam 12.20 tengah hari bagi mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Agong.

Semalam, beliau yang juga Presiden Bersatu telah mengadakan pertemuan khas di Publika dipercayai bagi membincangkan hala tuju sekiranya beliau meletak jawatan