Kecoh Di Sekolah Felda Jengka, Loker Pelajar Tiba-Tiba Terbakar

PENGHUNI asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 2 terkejut dan bergegas turun ke kawasan lapang apabila berlaku amaran kebakaran di asrama itu pada sambutan hari guru pada jam 7.18 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata kebakaran berlaku berpunca daripada sebuah lokar pelajar.

“Dinding berdekatan lokar itu dan siling turut terjejas akibat kebakaran berkenaan. Api dapat dipadamkan daripada merebak dengan menggunakan alat pemadam api.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera sejurus menerima panggilan kecemasan,” katanya hari ini.

Zulfadli berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran, lapor Berita Harian.

Sumber gambar & Sumber laporan – Berita Harian