Keadaan Padang Kurang 9 Jam Sebelum Sepak Mula Piala Malaysia

 

Menjelang final Piala Malaysia 2023 malam ini, ramai peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi dua pasukan terhebat di Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim FC dan juga Terengganu FC.

Namun yang menjadi perhatian ketika ini adalah keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi medan pertempuran dua pasukan itu.

Semalam Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), berkenan meninjau keadaan padang dan sesi latihan rasmi JDT menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Isnin lalu, permukaan padang Stadium Nasional sekali lagi tular dan menjadi perhatian selepas Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu yang kelihatan sedikit terjejas menerusi laman media sosial milik baginda.

Ia merupakan kali kedua dalam tempoh kira-kira dua minggu Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan padang Stadium Nasional yang pertama selepas dua hari konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan pada 22 Nov lepas.