Vanessa Hudgens Langsungkan Perkahwinan, Simpan Telefon Bimbit Tetamu

Pelakon popular dengan siri filem High School Musical, Vanessa Hudgens dilaporkan selamat melangsungkan perkahwinannya dengan pemain besbol professional, Cole Tucker.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup di Azulik City of Arts, Tulum, Mexico dan dihadiri keluarga serta teman rapat. Bukan itu sahaja, Vanessa tidak membenarkan para tetamu untuk membawa telefon bimbit ke majlisnya itu.

“Saya sangat bersyukur kerana kami mengadakan perkahwinan secara tertutup peribadi dan saya menyimpan telefon tetamu.

“Sungguh mengagumkan kerana semasa makan malam, saya akan melihat sekeliling dan semua orang bercakap antara satu sama lain.” jelasnya dalam satu temu bual bersama Vogue Wedding.

Vanessa memilih Vera Wang untuk dua persalinannya pada majlis itu.

Vanessa yang kini berusia 34 tahun manakala Cole pula berusia 27 tahun dikatakan mula berkenalan dan rapat pada penghujung tahun 2020.

Sumber : Media Hiburan, India Today