Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang

 

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri hilang sejak tengah hari Khamis.

Pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Daniel Akmal Zulkhair. Kali terakhir remaja tersebut dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke Balai Polis berhampiran ataupun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Sumber : Sinar Harian