Kantoi curi kambing, lelaki ini beri alasan cuma nak curi tali, tapi kambing ikut sekali

berita viral

SEORANG lelaki di Indonesia yang ditahan polis selepas dipercayai melakukan kegiatan mencuri kambing ternakan.

Namun yang melucukan, suspek mendakwa niatnya hanya untuk mencuri tali tambatan itu tanpa mengetahui kewujudan kambing di hujung tali.

Menerusi video tular yang dikongsi pengguna laman TikTok, cumjodger, lelaki ditahan polis itu menegaskan langsung tidak berniat untuk mencuri kambing itu.

Video yang tular di media sosial

“Saya hanya mahu curi tali, tapi talinya ada kambing,” kata pencuri itu.

Kenyataan suspek yang sedang bergari juga mengejutkan pihak polis.

“Itu namanya curi kambing,” balas pihak polis.

Dia yang tetap teguh dengan alasan tersebut kemudian memberi alasan yang membuat penonton terhibur.

“Tapi saya tidak tahu ada kambing di hujung tali tersebut,” jelas suspek.

Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan susulan.

Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat lebih 4 juta kali tontonan.