“Lagi syahdu daripada nyanyian ‘cover’ penyanyi seberang”, netizen kagum penyanyi ini nyanyi lagu Tiara versi Tamil

the news Malaysia

SEPERTI yang hangat diperkatan sebelum ini apabila penyanyi negara seberang, Raffa Affar mengundang rasa kurang senang apabila menyanyikan semula lagu terkenal berjudul Tiara nyanyian asal kumpulan Kris.

Malah perkara itu dilihat seakan belum reda apabila sering sahaja ia dijadikan jenaka oleh pengguna media sosial.

@alwinpaul_

Tiara tamil cover oleh @anbalagananpparasan

♬ original sound – alwin – alwin


Namun lain pula jadinya apabila sebuah video ‘cover’ lagu Tiara yang dimuat naik seorang pengguna laman TikTok, Alwin Paul, mendapat pujian penonton.

Komposer terkenal Harry Khalifah turut berkongsi video tular tersebut


Biarpun lagu yang dinyanyikan penyanyi yang dikenali sebagai Anbalagan Anpparasan ini disampaikan dalam versi bahasa Tamil, namun susunan baharu ini dianggap sungguh merdu oleh pendengar.

Antara komen pengguna media sosial


“Ni baru betul cover,” komen Arief Mazlan

“Kenapa rasa macam lagi layan dengar versi Tamil ni?,” tulis Mafisah Jaafar.

Lagi komen penonton

Lebih menarik, perkongsian video tersebut di laman twitter oleh seorang pengguna turut menjadi bualan ramai.

Video Tiara nyanyian Anbalagan Anpparasan dikongsi di pelbagai platform


‘Posting’ yang dibuat @adibyss itu mendapat hampir 100 ribu tontonan setakat ini.



“Aku rasa Tiara versi Tamil paling kena jiwanya,” tulis Adib.

Komen lucu pengguna Twitter

Rata-rata netizen turut menyarankan agar Anbalagan Anpparasan merakamkan lagu ini secara versi penuh.

Jadi versi mana menjadi pilihan anda?