Pengacara, penyampai dan pelawak Ajak mengumumkan pengunduran sebagai pengacara program Melodi.
Kongsinya dia memilih untuk tidak menyambung kontrak sebagai pengacara program itu bagi memberi tumpuan kepada kerjaya baharu di Suria FM.
“Saya memilih melepaskan Melodi selepas hampir dua tahun lebih menjadi pengacara di program itu untuk memberi tumpuan kepada tugas baharu saya di Team Pagi Suria.
“Jadi kepada siapa yang ingin terus mendengar suara saya boleh mendengar Suria FM setiap hari Isnin sehingga Jumaat,”katanya.
Sementara itu ditanya perasaan meninggalkan tanggungjawab sebagai pengacara di Melodi. Kata Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak,34, tiada perasaan sedih untuk dirinya memandangkan ini adalah perjalanan dalam karier setiap anak seni.
“Perasaan sedih itu tidak ada sebab kita tahu Melodi memang sebuah program yang sudah lama dan pengacara juga silih berganti.
“Jujurnya saya sangat bangga sebab dapat peluang menjadi pengacara program hiburan ini “jelasnya.