Ibu Tunggal Bawa Dua Anak Lelaki ‘Check In’ Hotel Bersama Kekasih

Anak nak tidur hotel.

Itulah alasan yang digunakan seorang ibu tunggal yang sanggup membawa dua anak lelakinya berusia enam tahun dan 10 tahun menginap hotel bersama kekasihnya yang juga seorang duda selepas menyambut ambang tahun baharu.

Bagaimanapun kegembiraan mereka berakhir apabila wanita berusia 37 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan (JHEAINS) kira-kira jam 2 pagi.

Menurut wanita itu, mereka menginap disitu kerana ingin memenuhi permintaan anaknya yang mahu tidur di hotel.

“Kami datang ke Nilai kerana nak bawa anak tengok pertunjukan bunga api dan sepatutnya selepas itu nak baliklah, tapi anak pula kata nak tidur hotel.

“Saya pun sebenarnya dah rasa tak sedap hati bila mendaftar masuk tadi, tapi sebab anak,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Wanita dengan lelaki yang juga rakan kepada arwah suaminya itu turut menjelaskan mereka dalam proses berkahwin tahun ini.

Ketika diserbu, wanita berkenaan yang kakinya berbalut akibat kencing manis memaklumkan kepada penguat kuasa hanya dia bersama anak-anak yang menginap di situ.

Bagaimanapun, Ketika pemeriksaaan dilakukan, lelaki tersebut didapati menyorok di belakang pintu tandas.