Gempa Bumi Kuat Landa Jepun, Amaran Tsunami Peringkat Tinggi Dikeluarkan

Jepun mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi melanda negara itu pada Isnin.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda Ishikawa, dan amaran tsunami peringkat tinggi dikeluarkan di kawasan Niigata, Toyama dan Ishikawa.
Ombak setinggi lima meter dipercayai akan sampai ke Noto di Ishikawa, menurut agensi kaji cuaca.
Mereka yang berhampiran kawasan pantai, sungai, atau tasik harus berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dengan segera.