Motaz Azaiza Ambil Keputusan Tinggalkan Gaza

Wartawan foto Palestin terkenal, Motaz Azaiza mengambil keputusan untuk keluar dari Gaza.

Keputusan itu dikongsikan olehnya menerusi hantaran di Instagram. Motaz mendapat  perhatian dunia apabila tanpa henti berkongsi kekejaman zionis Israel di Instagram hingga meraih followers melebihi 18 juta orang.

Terdapat banyak faktor yang mendorong dirinya membuat keputusan itu.

‘’Ini adalah kali terakhir anda melihat saya mengenakan ves yang berat ini dan insya-Allah saya akan kembali.

‘’Saya akan kembali semula dan membantu membangunkan semula Gaza,’’ ujarnya menerusi hantaran video.

Motaz dilihat meninggalkan Gaza dengan menaiki pesawat tentera menuju ke Doha, Qatar.