Kanye West Cabut Semua Gigi, Ganti Gigi Titanium Harga RM 4 Juta

Rapper penuh kontroversi Kanye West dipercayai telah mencabut kesemua gigi aslinya dan menggantikan dengan gigi palsu yang diperbuat daripada titanium.

Kanye West berkongsi gambar gigi terbarunya itu di Instagram stornya.

Menurut Mail Online, gigi titanium itu direka sendiri olehnya dan bernilai lebih daripada $850,000 (RM 4 juta)

“Saya berbesar hati untuk bekerja dalam setiap proses itu,” ujar Dr. Thomas Connelly yang bertanggungjawab untuk memasang gigi palsu rapper tersebut.

Pada tahun 2010, West semasa penampilannya di The Ellen DeGeneres Show, dia telah menggantikan barisan gigi bawahnya dengan implan berlian dan emas.