Masih Disiasat Kes Dadah, Pelakon ‘Parasite’ Lee Sun Kyun Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

Pelakon filem ‘Parasite’, Lee Sun Kyun,48, telah ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang terletak di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan ketika masih dalam siasatan kes berkenaan dadah.

Lee telah melalui tiga siatan polis kerana disyaki menggunakan dadah jenis ganja dan beberapa jenis lain di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di daerah Gangnam di Seoul beberapa kali sejak awal tahun ini, termasuk Sabtu lalu.

Pada Rabu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang melaporkan suaminya meninggalkan nota seolah-olah ingin membunuh diri sebelum meninggalkan rumah.

Berita tersebut disahkan oleh Balai Polis Seoul Seongbuk yang menemui seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

Identiti lelaki tersebut disahkan oleh polis sebagai Lee Sun Kyun.

“Identitinya telah dikenal pasti,” kata jurucakap polis.

Pihak polis juga dikhabarkan telah menemui bukti briket arang menyala di dalam keretanya dan disyaki kematiannya berkemungkinan kerana bunuh diri.

Sumber : The Korea Times