Bapa Pelajar Maut Dilanggar, Rebah Lagi

Bapa kepada seorang pelajar yang maut dilanggar pegawai kanan polis, jatuh pengsan ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa, Ipoh pada Sabtu.

Dalam kejadian pada hari Jumaat, 12.30 tengah hari Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Menurut abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, Jumaat lalu adiknya itu dalam persiapan ke masjid untuk solat Jumaat.

Seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pegawai kanan polis ditahan dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian, Awani