Pemain Alami Kecederaan, JDT Serik Main di Padang Seteruk SNBJ

 

Beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT)  mengalami kecederaan selepas beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

Menurut pengendali pasukan Harimau Selatan, Esteban Solari, JDT berharap tidak akan bermain lagi di padang seteruk itu.

Keadaan padang yang tidak berkuali menjejaskan persembahan pemain apabila dua pemain utama JDT, Corbin Ong dan Shane Lowry cedera.

“Ia sangat memalukan kepada pemain kerana mereka menjaga diri dan berlatih dengan gigih. Ia memberikan kesukaran kepada kami kerana mereka pemain yang bagus.

“Kami juga berharap tidak perlu lagi bermain di atas padang sebegitu,” katanya.

Padang SNBJ menjadi tumpuan kerana rosak teruk selepas digunakan untuk konsert Coldplay pada 22 November lalu.

Sumber : Sinar Harian