Gempa Kuat 6.3 Skala Ricther Guncang Aceh, Gegaran DIrasai Sekitar Pulau Pinang

Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Rithcer telah dilaporkan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia Sebentar tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 2.05 petang waktu tempatan itu berlaku dengan jarak 67 KM Tenggara dari Simeulue, Indonesia.

Gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 2:05 petang, 7 Januari 2020Koordinat : 2.4° Utara…

Posted by Malaysian Meteorological Department on Monday, 6 January 2020

Gempa bumi dengan kedalaman 37 KM itu bagaimanapun turut dirasai gegarannya di sekitar Pulau Pinang. Pun begitu, tiada laporan yang mengatakan bahawa ianya memberi amaran Tsunami kepada Malaysia.

Sebelumnya, dilaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Rithcer dilaporkan berlaku di selatan Sumabawa, Indonesia.

Orang ramai terutamanya yang berada di sekitar Pulau Pinang dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati.

Sumber : Malaysia Meteorological Department