Ganjaran RM 20, 000 Salurkan Maklumat Kes Bunuh Zayn Rayyan

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran sebanyak RM 20, 000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham adik Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menurut Timbalan Pengerusi MCPF Selangor Datuk Seri A Thaiveegan, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan individu terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan

“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini.

“Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor dan kita telah mendapat persetujuan daripada Pengerusi MCPF sendiri berkaitan tawaran ganjaran ini,” katanya.

Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam oleh penduduk yang menjalankan operasu mencarinya selepas dilaporkan hilang.

Sumber : Sinar Harian