“Boleh Kerja Dengan TNB” – Miliki Sijil Perubatan Elektronik , Netizen Persoal Gelaran “Dr” Isteri Kaabah.

636

Jangan cuba mencabar tahap risikan netizen di Malaysia ini, hasilnya bukan sahaja kisah dalam kelambu malah dalam kain juga boleh terbongkar.

Ternyata “sikap ingin tahu” netizen siapa sebenarnya isteri baharu Da’i ‘Farhan tidak berhenti di skala 18 sahaja.

Kini bukan sahaja jenis perniagaan yang dijalankan Dr Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin sahaja dipersoalkan netizen tetapi penggunaan gelaran Doktor dipangkal namanya juga nampaknya menjadi pertikaian.

 

Melalui perkongsian pengguna Facebook Zaahirah Mohammad, dia memuat naik sijil perubatan elektronik yang dimiliki Erin. Bagaimanapun menurut Zaahirah sijil yang dikeluarkan ini bukan berada di bawah Majlis Perubatan Malaysia yang sekali gus meragui ketulenan gelaran doktor yang dimiliki Erin.

Malah carian yang dibuat melalui laman sesawang milik Malaysia Medical Council (MMC) itu juga turut tidak menemui sebarang informasi mengenai Dr. Erin yang difahamkan merupakan seorang doktor Neurologi.

Tidak berhenti di situ, terdapat juga paparan skrin yang menunjukkan laporan kepada pihak berkenaan untuk menyiasat Dr.Erin yang dikatakan menyalahgunakan gelaran itu sendiri.

Baca juga:   Kanak-kanak Disyaki Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia