POLIS sedang memburu seorang individu yang tular setelah menunjukkan gari terhadap sebuah kenderaan apabila gagal memotong laluan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian berlaku di Jalan Tun Razak hari ini.
Video berdurasi tiga minit itu memaparkan sebuah kenderaan yang dikatatakan berang selepas cubaan memotong laluan gagal apabila ia dihalang sebuah kenderaan.
Rakaman visual yang dipercayai menggunakan dashcam itu menyaksikan kenderaan tersebut telah memotong semula kenderaan berkenaan sebelum bertindak menayangkan gari terhadap pemandu terbabit.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Bagaimanapun kenyataan media yang dikeluarkan pihak polis tidak menyebut sama ada ia melibatkan anggota polis atau sebaliknya.
Namun rata-rata komen netizen di media sosial mempersoalkan tindakan itu yang merujuk kepada anggota pihak berkuasa itu.