Eranzz Akan Berganding Dengan Hetty Pada Konsert Hadapan

    Penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang mengundang penyanyi baru, Shah Iran Shahdan atau lebih mesra Eranzz untuk berganding menyanyi di konsert tahun depan.

     

    Eranzz turut meluahkan rasa gembira dan tidak percaya dengan undangan Hetty atau lebih mesra dipanggil Bunda, di laman Instagramnya sebentar tadi.

    Mengulas lebih lanjut, Eranzz juga berkata undangan Hetty merupakan satu keajaiban yang berlaku dalam hidupnya sebagai penyanyi baru menapak dalam industri.

    “Satu penghargaan yang sangat tinggi nilainya buat saya yang sememangnya bukan siapa-siapa di Malaysia. Terima kasih Bunda.

    “Semoga impian ini menjadi kenyataan. Menyanyi di hadapan bunda ini bagaikan mimpi sebab saya membesar dan bekerja dengan lagu-lagu dari Bunda,” ujarnya di ruangan kapsyen.

    Sementara itu, Eranzz difahamkan berpura-pura tidak gemuruh ketika bertanding di pentas berkenaan.

    “Sewaktu di konsert Golden Memories Asia, saya hanya berpura tidak gementar padahal dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

    “Semua yang ada di pertandingan ini adalah hebat! Boleh dikatakan GILA PENGALAMAN ini.Terima kasih sekali lagi buat Bunda kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar serta masukan buat saya untuk masa hadapan.

    “Semoga tahun 2020 akan menjadi permulaan yang baik untuk saya. Love you Bunda,” tulisnya lagi.

    Gugup membuatkan Eranzz sudah sebati di dalam diri kerana beliau tidak takut untuk melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian, anjuran stesen televisyen Indosiar, Golden Memories Asia yang berlangsung baru ini.

    Golden Memories Asia merupakan sebuah pertandingan pencarian bakat nyanyian lagu-lagu nostalgia era 1970-an sehingga 2000 yang diikuti oleh enam negara Asia Tenggara iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Timor Leste.

    Bermula dengan 24 peserta, Eranzz berjaya mencuri perhatian juri dan lantas membuatkan dia berada di tempat ketiga.

    Bagaimanapun, Dalam perkembangan lain, Eranzz kini sedang mencari material baru untuk dijadikan single bagi mengembangkan kerjaya seninya diluar persada.