Eizlan Milik Natasya

Tidak sekadar tarikh penikahan, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, turut mengabadikan nombor 12.12.19 untuk wang hantaran buat isteri tercintanya Natasha Rosa Boudville, 29

Baru sahaja dinikahkan sebentar tadi pasangan ini memilih The Glass Suite, BoraOmbak Marina, sebagai lokasi pernikahan.

Pada majlis itu Eizlan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90.

Sementara itu pasangan ini juga akan diraikan pada majlis resepsi yang akan diadakan di Ballroom, BoraOmbak Marina Putrajaya, jam 8.30 malam esok.