Empat ahli geng Ah Long disambung reman

KULIMReman ke atas empat geng Ah Long disambung tiga hari lagi bermula hari ini sehingga 7 Jun.

 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, tempoh penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.

 

Katanya, kesemua suspek berusia 29 hingga 36 tahun ditahan Ahad lalu selepas disyaki terbabit dalam kejadian membakar sebuah rumah di Taman Serai Wangi, Padang Serai pada 14 Mai kira-kira pukul 6.15 pagi.

 

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Padang Serai, kemudiannya membawa kepada penangkapan kesemua suspek.

 

Sapii berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berkemungkinan Geng Ah Long ini mempunyai ragkaian lain.

 
Ini kerana kegiatan geng Ah Long ini dipercayai membabitkan dua negeri iaitu di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 

Credit : Astro Awani

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...