Ebit Lew didakwa, hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

PENDAKWAH bebas terkenal, Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual pagi tadi.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire.

Memetik laporan Harian Metro, dia juga hadir ditemani sekumpulan individu lain.

Perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

Sumber: Harian Metro