“Done Bakar Kereta Polis” – Lelaki Mengaku Puas Bakar Kereta Polis?

Polis sahkan terdapat kejadian insiden kereta polis bantuan dibaling molotov berhampiran stesen MRT Mutiara Damansara hari ini.

Video kereta polis yang telah rentung terbakar tular di media sosial.

Seorang lelaki mendakwa dirinya puas hati telah berjaya membakar kereta polis tersebut dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi dalam sebuah video yang dimuat naik di Tiktok.

Menerusi video berdurasi lima saat memaparkan lelaki yang memakai helmet itu berdiri dengan berlatar belakangnya kereta polis bantuan yang sedang terbakar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid ketika dihubungi tengah hari tadi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.