“Pakai Je Produk Merkuri Bagi Licin Muka Tak Macam Jalan Tar” – Wanita Sedih Wajah Dihina

Penghinaan terhadap fizikal semestinya sesuatu yang sangat menyakitkan.

Seorang wanita terkesan hingga menangis apabila teman wanita bekas kekasihnya kekasih menghina rupa parasnya (face shaming).

Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, teman wanita bekas kekasihnya itu mengatakan wajahnya berlubang-lubang seperti jalan tar.

“Carilah at least skincare ke kan. Kalau tak boleh kau pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu tak macam jalan tar

“Aku tengok teruk sangat tu. Kesian pula aku tengok dah macam jalan tar rosak berlubang-lubang,” ujar wanita tersebut menerusi mesej suara.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan wanita tersebut.

“Tajam betul kata kata orang sempurna

“It’s okay girl, “bahagian” dia akan datang soon,” antara komen netizen

Ada juga yang menasihatkan jangan sesekali menggunakan produk yang mengandungi merkuri kerana membahaya kesihatan dan organ.

“Weh sakit hati nya dia suruh pakai skincare merkuri dia tahu ke tak merkuri tu kesan dia sampai ke organ dalam weh bahaya,”tulisnya

 

@sailormoons4 she dont know how hard i try:( #foryourpage #fyp #hurtmyfeelings #foryourpageeee ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan