Ditegur KKM Gaul Air Asam Guna Sarung Tangan Kuning, Peniaga Wanita Mohon Maaf

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur seorang peniaga wanita selepas videonya menggaul air asam menggunakan sarung tangan berwarna kuning menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik di Tiktok @daniasedek itu memaparkan dirinya mengajar cara-cara membuat air asam Siam sambil menggaul air asam menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang biasanya digunakan untuk tujuan pencucian dan tidak sesuai digunakan untuk mengendalikan makanan.

 

“KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan. Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

“Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja. KKM ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan,” kenyataan KKM menerusi ciapan di X.

Mengambil baik teguran KKM, Dania membuat permohonan maaf menerusi sebuah video di Tiktok.

 

@daniasedek Replying to @nia🌧️ ♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna

Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik. Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania.

“Lepasni Dania akan lebih alert dan akan tukar glove jenis Nitrile (powder-free-glove) untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM.

“Terima kasih KKM sebab tegur. Semoga saya dan semua dapat pengajaran dari isu ini,” jelasnya.