Lelaki Bertekak Dengan Orang Ramai Selepas Kantoi Curi Telefon Bimbit

Taktik seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit di sebuah kedai runcit di Pekan Sungai Besi membawa padah.

Video suspek cuba melarikan diri apabila dikepung orang awam menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun suspek berusia 39 tahun berjaya ditahan polis di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 malam ketika ketika suspek ke kedai runcit berkenaan untuk membeli barang.

 

“Semasa pekerja pergi mendapatkan barang yang diminta, suspek melarikan telefon bimbit yang sedang dicaj di atas meja.

“Ketika melarikan diri, suspek terjatuh dan berjaya ditahan orang awam yang berada di tempat kejadian,” menerusi kenyataannya.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula semalam sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berdekatan.