Seorang Kontraktor Maut Selepas Jatuh Tangki

Seorang kontraktor pemeriksaan maut selepas terjatuh dari atas tangki proses minyak di Pasir Gudang hari ini.

Mangsa Adnan Mohamad, 41, maut selepas terjatuh dari ketinggian lingkungan 20 meter pada jam sembilan pagi tadi ketika sedang menjalankan tugas.

Menurut Komander operasi dan Ketua Balai Bomba Pasir Gudang, Ibrahim Omar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.11 pagi.

Sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).”

Sejurus tiba, didapati benar terdapat seorang mangsa berada di atas tangki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemudian Ibrahim juga berkata, mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut laporan Berita Harian, menerangkan berdasarkan perbualan dengan saksi mangsa membuat pemeriksaan di tangki itu sejak malam tadi.

Turut difahamkan, operasi menyelamat dan membawa turun mangsa ditamatkan sepenuhnya jam 10.58 pagi.