Bunuh Saudara dan Tanam Belakang Rumah

Pergaduhan antara dua beradik berakhir tragedi apabila salah seorang daripadanya maut dibunuh oleh saudara sendiri Sungai Choh, di sini pada Sabtu.

Lebih menyayat hati apabila mangsa ditanam di belakang rumah dipercayai untuk menyembunyikan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Sepasukan anggota polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) tiba setelah mendapat laporan daripada ahli keluarga mangsa yang curiga dengan kelakuan suspek

Mayat mangsa ditemui dan dikeluarkan dari belakang rumah itu kira kira jam 5 pagi Ahad dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Dua orang suspek ditahan bagi membantu siasatan