Anggota Polis Ditahan Curi RM 85,000 Ketika Operasi di Mini Dhaka

Tiga anggota polis ditahan atas kesalahan mencuri wang berjumlah RM 85,000 ketika serbuan di sebuah premis perniagaandi jalankan di ‘Mini Dhaka’

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ketiga-tiga anggota yang berumur 26, 30 dan 35 tahun itu dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Pada 12.36 tengah malam Jumaat lepas, polis menerima laporan tentang kehilangan wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis perniagaan di Lebuh Pudu di sini, semasa operasi bersepadu membanteras warga asing yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Kes ini masih dalam siasatan dan orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketiga-tiga anggota yang terlibat dirakam melakukan penggeledahan di premis berkenaan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang, bagaimanapun tidak memasukkannya dalam laporan.

Sumber : Bernama, Awani