Nasib tidak menyebelahi, Roy tersingkir

Penyanyi Malaysia, Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi tersingkir di minggu kelapan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam semalam.

Seniman Menangis lagu yang dibawakan itu mendapat 55 peratus dari para juri secara langsung membuatkan dia peserta tercorot antara sembilan peserta yang lain.

Ketika ditemu ramah oleh The News, Roy, 55, mengulas lanjut mengenai keputusan penyingkiran beliau pada malam tersebut.

“Penyingkiran ini membuatkan saya lebih redha. Saya syukur sangat sebab diberi peluang dalam pertandingan ini.

“Juri tadi pun ada komen mengenai lagu saya tidak kuat untuk teruskan pertandingan minggu hadapan. Saya kena terima segala komen yang diberi,” katanya kepada The News.

Sementara itu, Roy juga memberitahu mengenai kecederaan tekak yang dialami oleh beliau sendiri punca lagu yang dinyanyikan itu tidak menarik.

“Tekak saya cedera menyebabkan hidung dan mata saya bengkak. Doktor pun sudah buat suntikan dan beri ubat untuk kurangkan sakit.

“Risau sangat sebab tekak saya dah bengkak. Itu yang saya berjaga bila nak nyanyi nada tinggi sebab tak nak paksa risau makin teruk,” katanya lagi.

Kemudian, Roy juga memberitahu nyanyian akan diteruskan walaupun beliau tersingkir.

“Saya pun dah tua jadi saya busking je dengan rakan saya. Itu sahaja yang membolehkan saya menyanyi. Tawaran pun saya tak banyak dapat.

“Tapi tempat yang saya busking sudah diambil jadi nanti saya akan bincang semula dengan rakan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Roy amat syukur dan berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dari awal pertandihy hingga penamatnya.