Berita baik! Tak perlu lagi pamer ‘Roadtax’!

MENTERI pengangkutan, Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian sudah tidak perlu lagi mempamerkan pelekat ‘roadtax’ di kenderaan mereka berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman perubahan itu dibuat pada satu sidang media dalam usaha untuk mendigitalkan kebanyakan servis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pada Jumaat.

“Peraturan baru ini akan dijalankan secara berperingkat dengan fasa pertama, melibatkan kereta persendirian, termasuk motorsikal yang dimiliki orang Malaysia,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Dalam fasa pertama ini, kenderaan yang digunakan awam, kenderaan yang dimiliki oleh firma swasta dan warga asing masih lagi perlu mempamerkan pelekat ‘roadtax’ di kenderaan mereka.

Tindakan tetap akan diambil jika ada yang didapati melakukan kesalahan.

Loke juga menyarankan agar pemandu beralih menggunakan system digital yang ditawarkan bagi mengelakkan kesesakan berurusan di kaunter JPJ. Kementerian kini dalam usaha untuk mendigitalisasikan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan lesen memandu dan lesen kenderaan.

Oleh itu, rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun di public.jpj.gov.my dan aplikasi myJPJ memandangkan lesen memandu dan lesen kenderaan akan tersedia secara digital di platform-platform itu.

Sumber gambar – Freepik / Wikipedia | Sumber laporan – Free Malaysia Today