Ambulans dipercayai bawa pesakit COVID-19 terbalik

SEBUAH ambulans yang dipercayai membawa pesakit COVID-19 dilaporkan terbalik akibat kemalangan melibatkan sebuah lagi kenderaan di lampu isyarat Plaza Tol Utara, Jalan Langgar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, laporan itu diterima sekitar jam 5.55 petang.

Dua mangsa dalam kereta Proton Exora itu yang mana seorang daripadanya mangsa lelaki berusia 40-an cedera ringan (sakit dada) manakala mangsa wanita berusia 30-an dalam kereta Proton Exora itu cedera ringan di bahu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, ambulans berkenaan membawa lima orang termasuk seorang petugas KKM serta seorang daripadanya pesakit disyaki positif COVID-19.

Bagaimanapun maklumat terperinci berhubung pesakit berkenaan tidak diperoleh.

“Pasukan KKM di dalam ambulans hanya mengalami cedera ringan sahaja dan tiada mangsa dilaporkan tersepit,” katanya lagi.