SEORANG lelaki Indonesia berusia 50 tahun menderita selepas alat sulitnya dipercayai ‘patah’ semasa melakukan hubungan intim ‘ganas’ bersama isterinya.
Individu yang tidak didedahkan identiti itu telah hadir ke hospital seorang diri dan mengadu bahawa zakarnya telah membengkak selama empat jam.
Memetik laporan Kosmo, pihak doktor menjelaskan lelaki itu mendedahkan dia berasa zakarnya ‘patah’ ketika melakukan hubungan intim.
Dia juga mengalami hilang ereksi selain uretranya mula berdarah.
Pakar berkata bahawa pesakit itu mengalami kesakitan yang dahsyat dan tidak dapat membuang air kecil.
Hasil pemeriksaan mendapati zakar lelaki itu kelihatan berwarna ungu dan bengkok seperti sayur terung.
Mereka percaya pesakit berkenan telah melakukan hubungan intim yang ganas sehingga menyebabkan zakarnya terkena perineum (kawasan antara dubur dan alat kelamin) atau tulang dubur isterinya.
Dalam International Journal of Surgery Case Reports, doktor menjelaskan bahawa pesakit itu dikejarkan untuk menjalani pembedahan kecemasan selama dua jam selepas tiba di Hospital Besar Dr. Soetomo di Jawa.
Bagaimanapun pesakit itu ‘tidak mempunyai aduan yang serius’ dan hanya tinggal balutan kecil di zakarnya selepas empat bulan pembedahan dilakukan.
Dia kini dikatakan boleh membuang air kecil dan melakukan hubungan intim tanpa rasa tidak selesa.
Sumber: Kosmo