Wanita maut dipijak gajah, gajah sama datang hempap jenazah pada majlis pengebumian

Wanita maut dipijak gajah, gajah sama datang hempap jenazah pada majlis pengebumian
Thai elephant photo created by kroshka__nastya - www.freepik.com

SEORANG warga emas maut selepas dipijak oleh seekor gajah dalam kejadian yang berlaku di India.

Namun insiden tragis tersebut tidak terhenti di situ apabila gajah yang sama muncul kembali pada majlis penghormatan terakhir dan menghempap jenazah mangsa.

Wanita berusia 70 tahun itu maut ketika sedang mengambil air di kampung Raipal, Timur India, lapor dailymail.

Gajah tersebut dikatakan tiba-tiba muncul sebelum memijak mangsa sehingga maut dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.

Mangsa yang dikenali dengan sebagai Maya Murmu disahkan maut di tempat kejadian.

Bagaimanapun upacara penghormatan terakhir buat mangsa tetap diteruskan selepas gajah tersebut beredar.

Gajah tersebut dipercayai terlepas dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Darma di negeri Jharkhand.

Jarak pusat perlindungan tersebut dianggarkan kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Dianggarkan kira-kira 100 rakyat India maut akibat serangan gajah saban tahun, namun jumlah tersebut dikatakan pernah mencecah sehingga 300 kematian.

Sumber: dailymail