Tular video dua budak raba pembonceng motosikal wanita, siap cium punggung!

Tular video dua budak raba pembonceng motosikal wanita, siap cium punggung

SEJAK beberapa hari lalu, pengguna laman sosial di Indonesia gempar dengan tersebarnya satu video yang memaparkan aksi dua kanak-kanak lelaki meraba dan mencium punggung seorang wanita yang membonceng sebuah motosikal.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Kanak-kanak itu terdahulu dilihat bermain-main berhampiran motosikal itu sebelum mula menyentuh bahagian punggung dan paha mangsa.

Salah seorang daripada mereka kemudian dilihat berpatah balik dan mencium sambil menyentuh punggung pembonceng motosikal itu.

Rakaman tersebut mula tular selepas dimuat naik seorang pengguna laman Twitter, @ughawesome1.

Perkongsian itu telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan setakat ini.

Kejadian dilaporkan berlaku di simpang jalan Pasirkaliki-Sukajadi, Bandung.

Unit Polis Perkhidmatan Awam Bandung juga dikatakan telah hadir ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun mereka gagal tidak menemui dua kanak-kanak itu. 

Hasil siasatan, pihak berkuasa tempatan telah berjaya mengesan penjaga mereka untuk disoal siasat keesokan harinya.

Rata-rata netizen juga terkejut dengan tindakan anak kecil ini yang dianggap keterlaluan dan mencabul kehormatan seorang wanita.