[Video] Padah ‘Prank’, Wanita Simbah Air Panas Pada Lelaki

Seorang lelaki di Rusia melecur teruk di bahagian muka selepas disimbah dengan air panas mendidih oleh seorang wanita di sebuah parti.

Menurut media Rusia, wanita tersebut yang merupakan tuan rumah berang kerana lelaki tersebut melakukan ‘prank’ terhadapnya dengan membaling ‘smoke bomb’ ketika wanita itu sedang memasak di dapur.

 

Menerusi video yang tular di media sosial, wanita itu dilihat membawa periuk yang mengandungi air mendidih dan terus menyimbah ke wajah lelaki tersebut.

Lelaki itu terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dipercayai dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum kejadian, jiran-jiran sudah mengadu tentang bunyi bising daripada parti yang dianjurkan namun tidak diendahkan oleh anak-anak muda itu. Mereka kemudian menghubungi polis dan denda telah dikeluarkan terhadap mereka.

Bagaimanapun, pihak polis kembali semula ke rumah wanita tersebut selepas mendapat laporan mengenai kejadian lelaki disimbah air panas. Wanita tersebut bakal menghadapi tuduhan jenayah.