Cupcake Aisyah Nafi Jalin Hubungan Dengan Bekas Kekasih Leona, Perjelas Isu Jam Rolex

Kecoh di media sosial sebelum ini apabila pempengaruh dan juga pelakon yang dikenali sebagai Cupcake Aisyah didakwa merampas bekas kekasih sahabat baiknya sendiri iaitu Kasih Iris Leona yang juga merupakan anak kepada Azhar Sulaiman.

Setelah berdiam diri sebelum ini, akhirnya Cupcake Aisyah mengeluarkan kenyataan menerusi aplikasi X dan menjawab segala dakwaan yang dikeluarkan netizen.

Menurut Aisyah, dia menafikan pernah menjalin hubungan dengan bekas kekasih Leona. Jelasnya, dia dan lelaki tersebut mula berkenalan pada 2022 melalui Leona dan mereka menjadi kawan baik.

Aisyah juga menjelaskan isu jam Rolex seperti video yang tular baru-baru ini.

Tambah Aisyah, jam itu dibeli dan dibayar menggunakan duitnya sendiri dan lelaki tersebut hanya datang ke rumah untuk menghantar jam mewah itu sahaja.

“Firstly, the Rolex watch was personally purchased and paid for by myself.

“Owning a Rolex had always been on the top of my wishlist for a while, and he had the contacts to make that happen,” jelasnya.