Tiga Pelajar SPM Ditahan Curi Motorsikal

Tiga pelajar tingkatan lima yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan dalam serbuan pada Sabtu kerana mencuri motosikal jenis Honda E5.

Mereka dipercayai terlibat dengan beberapa kes kecurian di sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu sejak Disember 2023 hingga Januari tahun ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, mereka menyasarkan motosikal jenis Honda EX5.

“Modus operandi yang digunakan dengan mencuri motosikal yang ditinggalkan di kawasan sawah padi sebelum dileraikan dan mengambil komponen untuk diniagakan.

“Tangkapan yang dijalankan juga telah membawa kepada rampasan empat rangka motosikal yang dijumpai di dalam anak sungai di Pasir Puteh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga mereka didapati tiada jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif.

Ujarnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.