Guru Wanita Cedera Dipukul Guru Lelaki di Kantin Sekolah

Seorang guru wanita cedera dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah kantin sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 49 tahun itu bertindak menumbuk dan menyepak mangsa di kantin sekolah kira-kira jam 6.55 pagi.

“Mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris mendakwa telah ditumbuk pada bahagian mata dan disepak oleh suspek.

“Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam pada mata sebelah kiri,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris cedera pada mata kiri. Suspek yang berusia 49 tahun kini sedang dikesan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sumber : Awani, Sinar Harian