Datuk Zainal Abidin Mengaku Guna Botox. Tak Mahu Kedutan Muka Kelihatan

Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai, Datuk  Zainal Abidin tidak malu mengakui yang dirinya kini sudah mula menjalani rawatan botox.

Menurutnya, penampilan merupakan aspek dan asset penting sebagai seorang selebriti yang sentiasa dipertonton secara dekat. Dengan teknologi kamera masa kini, beliau tidak mahu penonton melihat kedutan di wajahnya.

“Saya tak malu untuk mengatakan yang saya memakai botox tapi bukan filler. Saya juga buat rawatan pada kulit wajah agar ia nampak sekata.

“Jadi, saya nampak lebih segar dan sihat. Itu yang penting. Selagi saya sihat, selagi itu saya akan beraksi di atas pentas. Kita tak boleh beli kesihatan tapi kita boleh usaha.

“Saya baru sahaja menjalani rawatan botox. Bila saya berjumpa dengan doktor pakar, mereka memaklumkan kedutan saya sudah semakin jelas terutama bila senyum. Leher pula dah macam ayam belanda.

“Jadi, ia tidak cantik bila dipertontonkan dan tak sesuai dilihat penonton,” ujarnya selepas ditemui Media Hiburan dalam satu program yang berlangsung di Bunglow 37, Bangsar pada Ahad

Menurut pelantun lagu Hijau ini, selepas membuat rawatan botox keyakinnya semakin untuk membuat persembahan semakin tinggi.

Bagaimanapun, Datuk Zainal sempat berpesan buat mereka yang ingin melakukan rawatan kecantikan agar merujuk kepada klinik atau pengamal perubatan bertauliah demi keselamatan.

Sumber : Media Hiburan